Tuesday, 19 July 2016

MAKLUMAN HARI KEUSAHAWANAN (HARI KOKURIKULUM) SK BUKIT KIARA TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Keusahawanan (Hari kokurikulum) SK Bukit Kiara akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh  :- 7 Ogos 2016
Masa  :- 7.30 pagi hingga 1.15 petang
Tempat :- SK Bukit Kiara
Pakaian :- Pakaian Sukan Sekolah

Sehubungan dengan itu, murid-murid dikehendaki membeli kupon yang bernilai RM15.00 dan RM10.00 melalui guru kelas masing-masing atau boleh berurusan terus dengan pihak pejabat sekolah.

Semua murid dikehendaki hadir pada sesi pagi persekolahan dan akan pulang pada pukul 1.15 petang.

Sekian, untuk makluman dan perhatian tuan/puan.


Puan Hajjah Azizah binti Abd Aziz
Guru Besar
SK Bukit Kiara
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

ANTARA YANG SEMPAT DIRAKAMKAN SEBAGAI KENANGAN SEMPENA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2016