Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Keusahawanan (Hari kokurikulum) SK Bukit Kiara akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh :- 7 Ogos 2016
Masa :- 7.30 pagi hingga 1.15 petang
Tempat :- SK Bukit Kiara
Pakaian :- Pakaian Sukan Sekolah
Sehubungan dengan itu, murid-murid dikehendaki membeli kupon yang bernilai RM15.00 dan RM10.00 melalui guru kelas masing-masing atau boleh berurusan terus dengan pihak pejabat sekolah.
Semua murid dikehendaki hadir pada sesi pagi persekolahan dan akan pulang pada pukul 1.15 petang.
Sekian, untuk makluman dan perhatian tuan/puan.
Puan Hajjah Azizah binti Abd Aziz
Guru Besar
SK Bukit Kiara
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.